Assalammualaikum wbt..
Semoga sahabat sekalian berada didalam lindungan Allah swt. Amin ya robbal a'lamin..
Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi minat saya saya dalam bidang penulisan cerita bersama sahabat sekalian. Saya telah meminati bidang penulisan ini semenjak saya berumur 15 tahun. pada waktu tersebut, saya telah mengarang satu cerita yang betajuk Comel yang mengisahkan dua orang remaja yang saling mencintai satu sama lain. Oleh kerana pada waktu tersebut saya tidak mempunyai laptop, jadi saya menulisnya menggunakan buku nota dan pen sahaja untuk menghasilkan cerita tersebut. Kemudian, ketika umur saya 16 tahun, saya meneruskan lagi minat saya itu dengan menghasilkan sebuah lagi kisah percintaan dimana tajuknya saya sudah lupa. Lebih menyedihkan apabila buku yang saya karang menggunakan pen, kesemuanya hilang. Hahaha. Niat dihati memang nak simpan elok-elok. Mungkin semasa saya melanjutkan pelajaran di Ipoh, buku-buku tersebut dibuang tanpa pengetahuan. Agak tebal jugalah. Satu cerita dalam 6 buku nota.
Semasa umur saya 17 tahun, saya berhenti menulis kerana ingin memberi sepenuh perhatian pada SPM. Alhamdulillah, saya lulus SPM tapi tu lah.. Keputusan saya tak cantik. hihihi. Saya tetap bersyukur, sebab saya lulus. Yang penting, matematik saya A ^,^ dan Add Math saya lulus. Dapat C kira pandai juga lah kan. hahahaha! Saya sambung pengajian saya, Diploma Akauntansi di Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh. Semasa pengajian disana, saya masih mempunyai keinginan untuk meneruskan minat saya. Pelbagai idea yang telah saya kumpul. Namun, keinginan tersebut terhenti begitu sahaja kerana kewajipan saya sebagai seorang pelajar, harus mengharungi segala Assignment, Test, Quiz, Project dan sebagainya.
Kini, setelah tamat pengajian di Ipoh, saya telah bekerja disebuah syarikat 'Car Dealer' dan saya ingin meneruskan lagi perjuangan saya untuk menghasilkan cerita yang lebih menarik. Saya berharap, agar cerita yang bakal saya hasilkan ini, dapat menarik perhatian sahabat sekalian dan boleh pergi ke tahap yang lebih jauh. Semuanya dengan izin Allah. Insha Allah. :)
No comments:
Post a Comment