Langkah-Langkah Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan

Assalamualaikum wbt..

Kawan-kawan, hari ini saya nak berkongsi satu perkara iaitu mengenai Langkah-langkah untuk Tender No Plate di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu dan masih tercari-cari tentang langkah-langkah tersebut di media sosial. Perkara pertama anda perlu tahu, anda boleh menender apa-apa no plate disemua negeri. Ia tidak terhad dimana anda tinggal. Sebagai contoh, sekiranya anda tinggal di Kuala Lumpur, anda boleh menender no plate Sarawak, Perlis, Melaka atau Perak.




Anda boleh merujuk laman sesawang rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia di; http://portal.jpj.gov.my/ms/utama Kemudian, klik Transaksi Dalam Talian dan klik Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini. Ikut arahan yang seterusnya, kemudian klik Submit. Disitu, anda boleh mendapati no plate terkini di seluruh negeri dan anda boleh membuat semakan akan no plate yang anda ingin tender. 

1) Langkah pertama anda boleh semak, aktiviti tender no plate yang akan datang di sini Aktiviti Dan Tender Jangan terkejut ya. Sila lihat tarikh tender betul-betul. Klik butang Last dan anda akan dapat lihat aktiviti tender yang terkini. Klik mana-mana no tender yang anda inginkan. Kemudian, semak tarikh tutup penyertaan. 

2) Langkah kedua, apabila sudah membuat pilihan. Sila muat turun (download)  Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Tawaran (Pindaan 1/2011). dan isi borang tersebut dengan huruf besar. Pastikan, borang tidak mempunyai sebarang kesalahan ejaan atau contengan. Jangan sesekali menconteng atau liquid. Anda dinasihatkan untuk menggunakan borang yang baru jika terdapat apa-apa kesalahan. Anda juga perlu memastikan bahawa, alamat yang dinyatakan di dalam borang adalah alamat surat menyurat terkini.



3) Langkah ketiga Sukacita dimaklumkan, setiap penyertaan haruslah disertakan dengan Deposit sebanyak 50% daripada harga tempahan tender yang anda kemukakan. Contoh, Jika harga tender yang anda kemukakan ialah RM100,000.00, deposit yang perlu disertakan ialah RM50,000.00 dalam bentuk Bank Draft. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank, dan nyatakan kepada pegawai. Jangka masa yang di ambil, tidak terlalu lama. Mungkin dalam sejam, bank draft dah boleh siap. Bank draft mestilah dibuat atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA. Wang tunai atau cek persendirian tidak akan diterima. Pastikan dibelakang bank draft tersebut dinyatakan nama peserta, 

4) Langkah keempat, setiap penyertaan anda juga perlu mengemukakan Slip Bayaran Yuran Perkhidmatan sebanyak RM10.00 (tidak akan dikembalikan sekiranya tender tidak berjaya). Yuran perkhidmatan boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/Cawangan yang melaksanakan aktiviti pendaftaran dan/atau perlesenan kenderaan. 

5)Langkah kelima, anda perlu menyemak dokumen-dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak JPJ. Antara dokumen-dokumen tersebut;

>> Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
>> Deposit Bank Draft kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia
>> Sampul surat kosong beserta Register Mail (Sila dapatkan dari Pejabat Pos berdekatan)
>> Salinan Kad Pengenalan Peserta
>> Salinan Borang 9 / 13 (sekiranya peserta adalah atas nama syarikat)
     (dokumen lain yang berkaitan dengan syarikat boleh semak di mukasurat belakang borang permohonan)

Setelah itu, masukkan kesemua dokumen ke dalam sebuah sampul surat yang lain dan nyatakan Cawangan JPJ Negeri dan alamat. Bagi yang ingin memohon no tender di luar kawasan anda, anda dinasihatkan supaya menggunakan servis courier seperti GDex, Citylink Express, SkyNet dan banyak lagi courier service yang terbaik supaya dokumen yang dihantar dapat sampai ke tempat yang dituju dengan cepat.Pihak JPJ tidak akan melayan sebarang dokumen yang dihantar melalui courier sevice sekiranya dokumen tiba melebihi jam 12tghri pada hari penutup.

Dokumen hendaklah dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri mengikut nombor pendaftaran yang di tender. Contoh, dokument permohonan tender nombor plate Sarawak, hendaklah dihantar ke JPJ Sarawak, tidak boleh dihantar ke JPJ Kuala Lumpur. Sila pastikan alamat ditulis dengan betul.

6) Langkah keenam, keputusan tender selalunya mengambil masa sebulan atau lebih. Boleh jadi kurang daripada sebulan. Anda dinasihatkan supaya rajin-rajin menghubungi pihak JPJ kerana pihak JPJ tidak akan menghubungi anda sekiranya keputusan tender berjaya atau pun tidak.

7) Langkah ketujuh, sekiranya keputusan tender anda berjaya, pihak JPJ akan mengepos surat tawaran yang menyatakan permohonan tender no plate anda telah berjaya beserta slip deposit no plate. Sebaik sahaja anda menerima surat dan slip tersebut, anda dikehendaki membuat bayaran baki secara penuh di mana-mana cawangan JPJ dalam bentuk bank draft dalam tempoh 1 bulan sahaja. Ingat ya, dalam tempoh sebulan sahaja. Bank draft mestilah dibuat atas nama KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA dan anda akan menerima slip baki bayaran no plate.

Sekiranya keputusan tender anda tidak berjaya, apa yang perlu anda lakukan ialah sewaktu anda membuat panggilan ke JPJ, sebaik sahaja pegawai menyatakan bahawa keputusan tender anda tidak berjaya, anda perlu bertanya adakah deposit bankdraft anda telah di pos semula kepada anda? Dan dapatkan tarikh pengeposan dibuat serta minta pada pegawai JPJ nombor tracking Register Mail untuk rujukan anda semak di Pos Laju Online Tracking. http://poslaju.com.my/track-trace-v2/ setelah anda menerima deposit bank draft, anda perlu pergi ke bank untuk membuat pembatalan bank draft.

8) Langkah terakhir, tender no plate mestilah didaftar ke atas mana-mana kenderaan dalam tempoh 3 bulan. Sekiranya, dalam tempoh 3 bulan anda belum bercadang untuk memilik kenderaan baru, saya cadangkan supaya anda membeli sebuah motosikal yang murah seperti Demak dan daftarkan tender no plate anda pada moto tersebut. Pastikan, pemunya no plate dan pemilik motosikal adalah orang yang sama. Kemudian, apabila anda sudah merancang untuk membeli kereta baru dan ingin mendaftarkannya menggunakan nombor pendaftaran yang anda tender, anda hanya perlu memberitahu kepada pihak Car Dealar, dan menyerahkan dokumen yang dipinta. Mereka akan menguruskan proses pendaftaran.

Begitulah beberapa langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memohon nombor pendaftaran kenderaan. Sebarang pertanyaan, anda boleh emailkan kepada saya, atau komen pada ruang yang disediakan. Semoga perkongsian ini membantu dan bermanfaat.




No comments:

Post a Comment